May 17, 2021

REMBAT.STUDIO

Telus. Jelas. Berani.

MUSLIHAT DISEBALIK DESAKAN ZAHID BEREHAT

2 min read

Nampak gaya bertambah dua lagi jurucakap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam UMNO.

Mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya berehat. Dalam erti kata sebenar sila berundur.

Kononnya untuk meremajakan parti. Kononnya bagi menyelamatkan parti. Kononnya itu kehendak akar umbi UMNO.

Pandangan Ketua Pemuda Pontian dan Seremban itu kononnya mewakili suara ahli UMNO seluruh negara?

Siapa mereka berdua? Ramaikah akar umbi UMNO seluruh negara kenal mereka? Ramaikah yang tahu kewujudan mereka sebelum ini?

Paling penting apakah sumbangan besar mereka kepada UMNO sehingga berhak memperlekehkan kepimpinan Presiden parti?

Ketika UMNO dikitai-kitai dan dihinjak-dihinjak oleh PH/PPBM, tidak pernah dengar pun ‘suara’ mereka.

Apa yang akar umbi tahu Presiden UMNO lah yang bertungkus lumus siang dan malam untuk membangkitkan semula parti.

Presiden UMNO yang menggerakkan penyatuan ummah yang kemudian dijenamakan sebagai penyatuan nasional.

Penyatuan ummah dan nasional yang amat digeruni oleh PH waima PPBM ketika itu.

Namun momentumnya sedikit sebanyak telah ‘dihijack’ oleh PPBM pasca pembentukan kerajaan PN. Semoga dapat diselamatkan.

Akar umbi UMNO biar celik. Kena buka mata. Jangan benarkan pisang berbuah dua kali. Jasa dan keringat jadi saksi.

Kita pernah menderita dan dideritai disebabkan fitnah dah adu domba musuh serta golongan pengkhianat talam dua muka.

Secara zahir tidak nampak. Realitinya ‘perang politik’ berterusan walaupun kerajaan PH telah berjaya kita tumbangkan.

Peperangan seterusnya adalah mempertahankan UMNO daripada ‘dihijack’ oleh PPBM.

Peperangan ini yang sedang diketuai Presiden UMNO tanpa ramai sedari.

Perlu tahu, Presiden UMNO perlu dinyahkan oleh musuh kerana menjadi penghalang utama cita-cita mereka.

Jika akar umbi UMNO alpa dan terpedaya dengan muslihat jurucakap PPBM ini, maka detik hitam PRU14 pasti berulang.

Perlu sedar dalam setiap peperangan, jeneral perang pasti menjadi sasaran musuh.

Jika jeneral tumbang, maka angkatan perang kacau bilau. Untuk tujuan itu tali barut sememangnya diperlukan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.