June 24, 2021

REMBAT.STUDIO

Telus. Jelas. Berani.

Zahid dan Penyatuan Ummah

2 min read

ZAHID HAMIDI DAN MUAFAKAT NASIONAL

Sejarah penyatuan ummah termeterai di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 14 September 2019.

Ketika itu lahirnya sebuah perjanjian dinamakan sebagai Piagam Muafakat Nasional yang dipayungi oleh dua parti terbesar orang Melayu – UMNO dan Pas.

Sebuah piagam penyatuan ummah yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebuah piagam yang turut ditandatangi pemimpin tertinggi Pas ketika mereka tanpa sebarang kedudukan dalam kerajaan atau jawatan Kabinet.

Disebalik banyak kritikan dan suara sinis cuba mengagalkan usaha itu, Presiden UMNO telah menjadikan ia kenyataan yang cukup signifikan untuk umat Melayu Islam.

Pada pandangan mata kasar ramai melihat ilham UMNO menyatukan ummah hanya tercetus sesudah BN tewas pada 9 Mei 2018.

Walhal pandangan itu tidak sepenuhnya tepat. Bibit-bibit penyatuan ummah sudah pun bermula seawal 4 Disember 2016 iaitu semasa Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada hari itu pemimpin UMNO dan Pas selepas sekalian lama berseteru akhirnya duduk bersama dalam perhimpunan solidariti untuk umat Islam Rohingya.

UMNO dan Pas kemudian ‘sekapal’ melalui misi bantuan Food Flotilla for Myanmar pada Februari 2017.

Semuanya bertitik tolak diatas kesedaran satu bentuk kerjasama padu bagi kepentingan umat Islam.

Muafakat Nasional juga pernah bersama dalam perhimpunan gergasi ICERD bagi menghalang agenda liberal kerajaan PH.

Rakyat Malaysia bukan beragama Islam turut menyambut baik pembentukan Muafakat Nasional.

Buktinya Muafakat Nasional menang pilihan raya kecil pasca PRU14 secara berturut-turut.

Menewaskan gerombolan politik yang membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) – PKR, Bersatu, DAP, dan PAN.

Kerajaan PH yang banyak mengguris dan meresahkan umat Melayu Islam serta merimaskan rakyat bukan beragama Islam.

Jangan marah ada disebut Bersatu dalam senarai PH. Memang begitulah hakikatnya. Sebab itu sejarah amat penting.

Hari ini ramai mula bertanya apa sudah jadi pada Muafakat Nasional. Jawapannya mudah sahaja. Muafakat Nasional telah ‘dihijack’ oleh Bersatu.

‘Dihijack’ dengan restu pemimpin Pas yang telah berpuluh tahun mengidamkan jawatan menteri. ‘Dihijack’ dengan bantuan tali-tali barut dalam UMNO.

Adakah Muafakat Nasional yang pernah berpaksikan keinsafan dan kepentingan ummah itu dapat diselamatkan atau ditelan hembusan kerakusan kuasa dan kedudukan?

Wait and seeā€¦

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.